Saturday, December 13, 2014

Dinner @ Ko Hyang

Posted by Unknown at 8:00 AM
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!


Last Friday Ida ajak I dinner sama.Kebetulan I tengah lapo dan takde geng nak makan.So on kan aje la.Kami end up makan kat Ko Hyang restoran iaitu salah satu restoran Korea halal di Malaysia.

Ko Hyang yang bermaksud hometown telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2008 di The Gardens Mid Valley dan cawangan keduanya telah berpusat di Sunway Pyramid.Fouder restoran ini,Chung Hee Jung merupakan seorang Korean yang telah memilih Malaysia sebagai tempat beliau settle down.Kelainan restoran Korea berbanding dengan restoran yang lain ialah, restoran ini memilih untuk menghidangkan makanan authentic Korea yang berasaskan masakan rutin di rumah.Sudah pasti masakan rumah ini sesuai dengan citarasa kita sendiri.




Selalunya bila I makan kat sini, I akan makan Bi Bim Bab.But kali nih, I ubah selera dengan memilih Yuk Gae Jang.Ida pula memilih Bul Go Gi Bokem.Manakala air pula, kami berdua memilih Ice Peach Tea.



Yuk Gae Jang adalah stew daging pedas yang dimasak bersama sayur-sayuran.From my opinion, rupanya tak ubah seperti asam pedas.Stew ini tidaklah terlalu pedas.Enak dimakan panas2 dan dagingnya dimasak lembut.Hirupan kuahnya sungguh nikmat.But as a big fan of spicy food, I rasa if pedas sket lagi baru sedap kot.Huhu...



Bul Go Gi Bokem pula merupakan daging yang telah diperap dengan special soy sauce yang digoreng beserta sayur-sayuran.Memang enak especially dimakan panas2.Dagingnya sangat lembut dan berjus memang membuka seleralah. Recommeded u to try it.


Both makanan ini dihidangkan bersama nasi serta side dishes (kimchi dan pickles).Nasi tue memang nampak sket tapi mengenyangkan dan sedap!I like.Harga pon sangat affordable dan berbaloi dengan hidangan yang anda dapat.



So to the Korean fans out there, how about u give a try to this restaurant.I'm pretty sure it suit your taste.Memang daebak!!!

Rating /10:
Yuk Gae Jang 8/10
Bul Go Gi Bokem 9/10

For more info, do log on to http://www.kohyang.com.my/index.html



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Me, Myself & I... Asza Amran @Copyrights 2014