Tuesday, December 30, 2014

Korean Cooking Class di Korea Plaza

Posted by Unknown at 12:06 AM
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!

I'm not a big fan of K-Pop.But lately I dah jadi addicted pulak.If I tak layan lagu Korea, I akan layan drama Korea.Channel 390 and 391 tue wajib tengok.Ringing phone I pon lagu Korea.Itu belum masuk nak tiru make up ala2 Korea la and sekarang dah pandai nak studi memasak masakan Korea.

Bercerita pesal belajar memasak, baru2 nih I juin kelas memasak di Korea Plaza.I dapat info nih dari FB Korea KL Plaza.I pon register la sebab KTO offer untuk ajar memasak 3 jenis masakan Korea yg famous iaitu Pajeon,Kimbab dan Tteokkochi.Kebetulan 1 of my fwenz pon member KTO so kami pon register sama2.Owh, btw sapa yg nak juin class nih kena register as member of KTO.KTO nih merupakan 1 badan yg mempromosikan Korea di Malaysia dan Brunei.Selain dari memasak, pelbagai xtvt berkaitan dengan Korea dianjurkan di sini seperti belajar bahasa Korea, menari dan juga mempelajari budaya Korea.




Berbalik cerita kelas memasak tadi.kelas ini diajar oleh Madam Shin Pl Hyo yang berasal dari Korea.Yes, she's Korean.Biasanya Madam akan memakai Hanbok iaitu baju traditional Korea ketika memasak.Bezanya kelas kali ini berbanding sebelumnya ialah kami diberi peluang memasak.Mula2 Madam menunjukkan cara memasak Kimbab.Pernah makan sushi?Itulah rupa kimbab =.= Mudah saja nak buat kimbab nih.U olz perlu ada:

Bahan2:
White grain rice (use the warm one)
Seeweed
Bamboo role mat

Inti:
Telur dadar (dipotong memanjang)
Sausage (dipotong memanjang)
Carrot (dihiris halus)
Takuan (dipotong memanjang)
Isi ketam

Actually inti tue it's up to u olz la.U olz leg guna cucumber ke tuna ke...macam2 la ikut creativity.


Cara2:

1. Letakkan Seeweed di atas Bamboo role mat.
2. Next, 2/3 White grain rice diletakkan di atas Seeweed.Ratakan.Jangan terlalu tebal coz nanti susah nak roll.
3. Susunkan inti ikut creativity.
4. Rollkan Kimbab anda!Pada akhir roll tue dinasihatkan diletakkan sedikit air.Fungsinya as a gum to the kimbab so nanti takdelah kimbab tu terburai.

Kemudian Madam mengajar kami memasak Tteokkochi.Tteokkochi merupakan Korea spicy rice cake. Rice cake nih rupa dia macam laksam tapi kenyal sket texturenya.Chewy bila kita kunyah.Respi ini paling senang nak buat.

Bahan2:
20 rice cakes

Sos:
3 sudu bedar cili paste
2 sudu besar ketchup
1 sudu besar soya sos
sedikit minced garlic
2 sudu besar Starch Syrup/gula

Cara2:
1. Panaskan pan dan sapu sedikit minyak.Masukkan rice cake dan masak hingga sedikit garing
2. Campurkan semua bahan sos.Masak sos dalam 5 minit.
3. Sapu sos pada rice cake.Siap!!!

Now is Pajeon time!

Bahan2:
1 cawan tepung
1 sudu kecil garam
1 cawan air 

Filling:
Bunch of daun bawang (dipotong memanjang)
Sebiji telur (dikacau)
Daging kisar
Carrot (dihiris)

Dipping sos:
1/4 cawan soy sauce
sebiji bawang putih (dikisar)
1 sudu besar imnyak bijan
1 biji cili merah (dibuang biji dan didadu)

*** Mixkan semua bahan dipping

Cara2:
1. Bancuh adunan tepung.Setelah itu masukkan dipping sos.
2. Masukkan daun bawang dan telur.Gaulkan.
3. Masukkan daging kisar.Gaulkan.
4. Panaskan pan dan minyak.Gunakan api yang sederhana.Ratakan adunan di dalam pan seperti membuat kuih ketayap.Masak hingga kekuningan.



Senang2kan masakan mereka?I sempat merasa membuat kimbab dan Tteokkochi.Yang lebih menariknya kelas masakan di sini, lepas Madam memasak, kami semua dapat makan FOC!!!Selain dari masakan2 yg kami belajar masak nih, kami juga dihidangkan dengan kimchi dan Japchae.Hope akan ada lagi kelas masakan Korea di Korea Plaza KL next year!

Daaa!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Me, Myself & I... Asza Amran @Copyrights 2014