Tuesday, December 30, 2014

Korean Cooking Class di Korea Plaza

Posted by Unknown at 12:06 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!

I'm not a big fan of K-Pop.But lately I dah jadi addicted pulak.If I tak layan lagu Korea, I akan layan drama Korea.Channel 390 and 391 tue wajib tengok.Ringing phone I pon lagu Korea.Itu belum masuk nak tiru make up ala2 Korea la and sekarang dah pandai nak studi memasak masakan Korea.

Bercerita pesal belajar memasak, baru2 nih I juin kelas memasak di Korea Plaza.I dapat info nih dari FB Korea KL Plaza.I pon register la sebab KTO offer untuk ajar memasak 3 jenis masakan Korea yg famous iaitu Pajeon,Kimbab dan Tteokkochi.Kebetulan 1 of my fwenz pon member KTO so kami pon register sama2.Owh, btw sapa yg nak juin class nih kena register as member of KTO.KTO nih merupakan 1 badan yg mempromosikan Korea di Malaysia dan Brunei.Selain dari memasak, pelbagai xtvt berkaitan dengan Korea dianjurkan di sini seperti belajar bahasa Korea, menari dan juga mempelajari budaya Korea.




Berbalik cerita kelas memasak tadi.kelas ini diajar oleh Madam Shin Pl Hyo yang berasal dari Korea.Yes, she's Korean.Biasanya Madam akan memakai Hanbok iaitu baju traditional Korea ketika memasak.Bezanya kelas kali ini berbanding sebelumnya ialah kami diberi peluang memasak.Mula2 Madam menunjukkan cara memasak Kimbab.Pernah makan sushi?Itulah rupa kimbab =.= Mudah saja nak buat kimbab nih.U olz perlu ada:

Bahan2:
White grain rice (use the warm one)
Seeweed
Bamboo role mat

Inti:
Telur dadar (dipotong memanjang)
Sausage (dipotong memanjang)
Carrot (dihiris halus)
Takuan (dipotong memanjang)
Isi ketam

Actually inti tue it's up to u olz la.U olz leg guna cucumber ke tuna ke...macam2 la ikut creativity.


Cara2:

1. Letakkan Seeweed di atas Bamboo role mat.
2. Next, 2/3 White grain rice diletakkan di atas Seeweed.Ratakan.Jangan terlalu tebal coz nanti susah nak roll.
3. Susunkan inti ikut creativity.
4. Rollkan Kimbab anda!Pada akhir roll tue dinasihatkan diletakkan sedikit air.Fungsinya as a gum to the kimbab so nanti takdelah kimbab tu terburai.

Kemudian Madam mengajar kami memasak Tteokkochi.Tteokkochi merupakan Korea spicy rice cake. Rice cake nih rupa dia macam laksam tapi kenyal sket texturenya.Chewy bila kita kunyah.Respi ini paling senang nak buat.

Bahan2:
20 rice cakes

Sos:
3 sudu bedar cili paste
2 sudu besar ketchup
1 sudu besar soya sos
sedikit minced garlic
2 sudu besar Starch Syrup/gula

Cara2:
1. Panaskan pan dan sapu sedikit minyak.Masukkan rice cake dan masak hingga sedikit garing
2. Campurkan semua bahan sos.Masak sos dalam 5 minit.
3. Sapu sos pada rice cake.Siap!!!

Now is Pajeon time!

Bahan2:
1 cawan tepung
1 sudu kecil garam
1 cawan air 

Filling:
Bunch of daun bawang (dipotong memanjang)
Sebiji telur (dikacau)
Daging kisar
Carrot (dihiris)

Dipping sos:
1/4 cawan soy sauce
sebiji bawang putih (dikisar)
1 sudu besar imnyak bijan
1 biji cili merah (dibuang biji dan didadu)

*** Mixkan semua bahan dipping

Cara2:
1. Bancuh adunan tepung.Setelah itu masukkan dipping sos.
2. Masukkan daun bawang dan telur.Gaulkan.
3. Masukkan daging kisar.Gaulkan.
4. Panaskan pan dan minyak.Gunakan api yang sederhana.Ratakan adunan di dalam pan seperti membuat kuih ketayap.Masak hingga kekuningan.



Senang2kan masakan mereka?I sempat merasa membuat kimbab dan Tteokkochi.Yang lebih menariknya kelas masakan di sini, lepas Madam memasak, kami semua dapat makan FOC!!!Selain dari masakan2 yg kami belajar masak nih, kami juga dihidangkan dengan kimchi dan Japchae.Hope akan ada lagi kelas masakan Korea di Korea Plaza KL next year!

Daaa!!!



Monday, December 22, 2014

Makan2 Di Sukiya IOI City Mall

Posted by Unknown at 12:16 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!

Kali nih I nak cite kat u olz pesal 1 lagi restoran.Kali ini restoran Jepun iaitu Sukiya. 1st time I nampak restoran nih di IOI City Mall.I rasa mybe because of the open concept restoran itu yang menggamit I ke sana.FYI,Sukiya ini merupakan Japan's Number 1 Fast Food Chain Store yang menyediakan makanan2 utama negara matahari tersebut iaitu gyūdon,donburi and curry.Kira macam ala2 fast food tapi the heavy one yang terjamin dari segi kesihatan dan kesegarannya.Yalah, Jepun kan sebuah negara yg sgt peka tentang pemakanan rakyat mereka.I penah tengok dalam Nona di mana kafe2 di kilang2 di Jepun mempunyai skala/sukatan untuk setiap makanan yg dihidangkan.So u boleh budget berapa kalori makanan yg dihidangkan dan berapa yg u harus ambil supaya u ambil kalori tue mengikut kapasiti badan u.Menarik bukan?





Eh, jauh tersasar nih.Berbalik kepada Encik Sukiya kita.Di sini mereka menyediakan hidangan nasi beserta daging yg dikenali sebagai Gyudon.Ade 6 jenis Gyuodon iaitu Original,Okra,Herb Chesse,Garlic Shoot,Spring Onion and Half Boiled Egg and Kimchi Gyudon.But if u tak makan daging, jangan riso.Ayam pon ade.I memilih untuk merasa Gyudon Original.Sama cam cousin I. kawan cousin I pulak memilih Teriyaki Chicken Mayo Rice.

Setiap hidangan nasi di sini disertakan Value set (Soft Drink dan side dishes).Tapi Value set ini hanya untuk Luch Hour iaitu dari pukul 12-3.00pm.Ada 7 pilihan side dishes iaitu Seaweed salad,Pickled Veggie,Salad,Edamame (green bean),Seafood Tofu,Seafood Tempura and Kara-ague (fried chicken).Pilihan air pula ada Coke,Sprite,Iced Lemon Tea,Iced Green Tea and Fanta Orange.I memilih Pickled Veggie and Iced Green Tea.

Teriyaki Chicken Mayo Rice
Gyudon

My review:

Nasinya menggunakan beras dari Jepun.Ala2 beras pulut.Nampak sedikit tapi mengenyangkan.Daging dipotong halus2 dan dimasak perfect.Senang dikunyah dan tiada lemak tambahan.Dimakan pula bersama Pickled Veggie yg rasanya ala2 kimchi gitu memang membuka selera.Hidangan sebegini lebih enak di makan panas2.

Harganya pula sangat affordable.Small Gyudon Original set cuma RM8.90 jek!Murah bukan?Berbaloi2.So for those yg sesuatu yg simple, enak dan murah,inilah tempatnya!

Rating /10:
Gyudon 9/10
Pickled Veggie 9/10
Iced Green Tea 5/10


Other Location:
SJ Taipan
Kota Damansara
Uptown Damansara
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre








Saturday, December 20, 2014

Big Bad Wolf!

Posted by Unknown at 7:55 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!

This time nak cerita xtvt wiken lepas.Ke mana lagi if tidak ke Big Bad Wolf!Ye, festa buku sales gile murah tahap gaban tue!Pagi2 lg I dah kuar umah amik my fwenz Hafsah kat opis.Dengan tak bekpesnya terus gerak ke MIECC The Mines.Taknak jem dan bersesak katanya.Hewhew.Kami parking kt MIECC.Yelah, if parking kat The Mines kang sape lak nak tulon angkat buku2 yg berat tue?Lainlah pegi ngan hubby ke,boifwen ke adelah body guard bergerak.LoL.


Kali ini BBW agak tersusun.If sebelumnya kaunter bayaran di belah kiri sekarang ditukar ke sebelah kanan.Terdapat 3 section iaitu:

fiction: general, romance etc
non-fiction: cookery,travel,language etc
Malay books
children

Masuk jek dah rembat 1 buku.Hehe.Nampak menarik,rembatkan ajelah.Lagipon I memang suka baca buku berkaitan selp help a.k.a motivation.Target I nak cari buku berkaitan server.Ini gara2 nampak my fwenz post picca buku yg dia beli kat BBW lah.Terus p cari.Unfortunately takde plak.Menurut staff kat situ,buku IT nih limited sket.Hadoai, terus blur jap.

Jadi I pon merayau2 jeklah kat dalam tue.Then I stop jap kat Children section.Alahai, cute2 betul buku2 kat sini.Siap ade bunyi2an.Gambo pon unik2.Napelah takde buku2 nih masa I kecik2 dulukan?Geram tengok!Terus teringat my nephew.Rembat 1 buku untuk dia.Then lepak2 plak kat Selp Help section.Yes, another book been grabbed.Pusing plak kat Malay books.Semakin banyak malay novels dijual.But mostly novel yg outdated.Tak grab apa pon kat sini.



Gerak to my next peveret section,cookery.Selain berjaya menyedarkan otak yg perut semakin lapar, juga berjaya membuat I merembat few book kat sini.Hewhew.Yg best tentang BBW ialah, festa buku nih dah macam library.Ada buku tentang sejarah duitlah, buku2 biography la,literature la dan macam2 lagi la.I sendiri pon tak sure ade ke orang beli buku2 tue.But if orang gile buku, diorang rembat kot or mybe pihak2 U or skola untuk reference.reference. Hmmm...


Ada 2 benda yg menarik perhatian I kat sini.1st, kerusi ala2 library yg terletak betul2 di hadapan pintu masuk BBW.Unik dan nampak classy gitu.2nd thing is Blue Print Star Wars yg diletakkan di tengah2 dewan BBW.Memang macam muzium la.If ade duit memang rembat nih.Epik!


Apepon I tak spent banyak untuk BBW kali nih.Mybe sebab I tak dapat buku yg I nak.Selain dari jualan buku, kat outdoor section pon ade jualan gak.Ada booth lukisan,travel beg, t-shirt dan alatan tulis.Kira pakej la pada parent yg ada anak2 yg berskola.So guys, gud news for u!BBW still available till tomolo.Mesti sales giler2 punya!Tunggu apa lagi???



Nak tau lebih lanjut?Sila layari http://bigbadwolfbooks.com/2014/kl/




Saturday, December 13, 2014

Dinner @ Ko Hyang

Posted by Unknown at 8:00 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!


Last Friday Ida ajak I dinner sama.Kebetulan I tengah lapo dan takde geng nak makan.So on kan aje la.Kami end up makan kat Ko Hyang restoran iaitu salah satu restoran Korea halal di Malaysia.

Ko Hyang yang bermaksud hometown telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2008 di The Gardens Mid Valley dan cawangan keduanya telah berpusat di Sunway Pyramid.Fouder restoran ini,Chung Hee Jung merupakan seorang Korean yang telah memilih Malaysia sebagai tempat beliau settle down.Kelainan restoran Korea berbanding dengan restoran yang lain ialah, restoran ini memilih untuk menghidangkan makanan authentic Korea yang berasaskan masakan rutin di rumah.Sudah pasti masakan rumah ini sesuai dengan citarasa kita sendiri.




Selalunya bila I makan kat sini, I akan makan Bi Bim Bab.But kali nih, I ubah selera dengan memilih Yuk Gae Jang.Ida pula memilih Bul Go Gi Bokem.Manakala air pula, kami berdua memilih Ice Peach Tea.



Yuk Gae Jang adalah stew daging pedas yang dimasak bersama sayur-sayuran.From my opinion, rupanya tak ubah seperti asam pedas.Stew ini tidaklah terlalu pedas.Enak dimakan panas2 dan dagingnya dimasak lembut.Hirupan kuahnya sungguh nikmat.But as a big fan of spicy food, I rasa if pedas sket lagi baru sedap kot.Huhu...



Bul Go Gi Bokem pula merupakan daging yang telah diperap dengan special soy sauce yang digoreng beserta sayur-sayuran.Memang enak especially dimakan panas2.Dagingnya sangat lembut dan berjus memang membuka seleralah. Recommeded u to try it.


Both makanan ini dihidangkan bersama nasi serta side dishes (kimchi dan pickles).Nasi tue memang nampak sket tapi mengenyangkan dan sedap!I like.Harga pon sangat affordable dan berbaloi dengan hidangan yang anda dapat.



So to the Korean fans out there, how about u give a try to this restaurant.I'm pretty sure it suit your taste.Memang daebak!!!

Rating /10:
Yuk Gae Jang 8/10
Bul Go Gi Bokem 9/10

For more info, do log on to http://www.kohyang.com.my/index.html



Monday, December 8, 2014

"White Ribbon Campaign:Run and Walk"

Posted by Unknown at 7:32 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!

Semalam I juin marathon event call "White Ribbon Campaign:Run and Walk" organized by All Women's Action Society (AWAM).Memang sangat excited mak cakap.Yela,I dah lama nak juin marathon sebenarnya.Tapi disebabkan I keje shift yang cuti tak rupa orang itu membuatkan I jarang dapat juin marathon yg biasa dibuat on wiken.So dah cuti wiken skg nih I'm taking this opportunity untuk active dalam marathon.Siap gugel2 lagi.Then I jumpa one websites http://www.myraceonline.com/. Kat situlah I nampak marathon event  "White Ribbon Campaign:Run and Walk".So start sesi mencari partner untuk juin the event.

Siyesly agak susah nak cari geng untuk juin marathon nih.Most of my BFF lebih suka marathon kat shopping complex.Hehe.But suddenly my dearest cousin Neena interested nak juin.Owh,she alwiz my besh buddy eva!Dah dapat geng terus proceed register di mana registration fees ialah RM45.Bayaran itu adalah untuk t-shirt,bid,goodies,bekpes dan medal finisher.Medal finisher nih la salah satu attraction untuk I juin this event sebenarnya.Bagi I, dapat medal nih adalah simbol yg I accomplish the mission.

Process seterusnya ialah kit collection.Ada 3 hari untuk kit collection.I ambil hari sebelumnya coz itu jek hari yang I free.Memang seronoklah jalan time wiken kat KL nih.Jem sana sini.Kesian kawan I yang diculik time dia bekerja tue.Lagipon dia sorang jek yg leh teman I.Hehe.Dalam kit collection nih ada tshirt dan bid.Tak sabar pulak nak pakai.LoL.


Pukul 4 pagi I dah bangun.Terus siap2 dan pick up my sweet cousin Neena kat rumah  mama dia di Puchong.Tunggu pulak kawan dia yg kura2 itu.Hehe, I kan tak suka menunggu. But luckily Neena is around so takdelah bosan sangat.Tapi cian dia terpaksa dengar I membebel.LoL.Dalam pukul 5.50 pagi kami dah sampai KL.Singgah Masjid Negara untuk solat Subuh.Malu jugak coz pakai tak properkan.Ada event kot kat Masjid Negara coz I terserempak dengan sekumpulan budak2 tahfiz dari Indonesia.Malu gak la tengok tudung diorang yg labuh2 tue.Haih.

Lepas Subuh, kami start gerak ke Padang Merbok.Ikut jalan dalam guna Google Maps.End up bengang plak coz dia bawak kami pusing2.Takpelah, janji sampaikan???Dah sampai kami pon melangak la sampai marathon event emcee Arnold Loh (DJ Hitz FM) and Vernon Edrian Emuang buat announcement for warm up.Wah, dah macam juin aerobik lak. My advice is better u olz buat warm up before marathon.Ini untuk mengelakkan u dapat muscle pain.Yelah, mau tak terkejut badan u tetiba buat excercise.Elok2 sihat tetiba sakit pulak.Kan dah 1 hal.

Dah settle warming up, kami berjalan ke Start point.Excited takyah cite la.Tak sabo2 nak mula.LoL.Tetiba nampak kelibat Sasterawan Negara kita iaitu Pak A. Samad Said.He still strong even he looks really older.Impress!Kita yang muda2 nih pon dah macam orang tua.Sakit pinggang la,lutut la.Hebat orang2 tua kita ek.Huhu.

Elok jek diorang release the flag, kami pon start la.Mula2 jalan.Tapi rasa penat coz area Padang Merbok tue berbukit bukau.So imagine u jalan tapi cam mendaki.10 minit jalan dah peluh2.Sebab I rasa berat nak melangkah, I pon terus lari la.If u lari dalam area menaiki bukit, siyesly u will be much more better.Lagi rasa ringan.


Sincerely I'm just realize that KL have a lot of attraction places.Baru I tau kat area Padang Merbok tue ada Memorial Tunku Abdul Rahman la,Memorial Tun Hussein Onn la dan ada Sasana Kijang iaitu Muzium Bank Negara Malaysia.I'm pretty sure mesti ramai gak yang tak tau.Ke kitaorg jek yang ketinggalan zaman?Hehe...Probably leh wat visiting kat situ one day.

Alhamdulillah, dah nampak Finish point.Mission accomplished in 40 minute!Such a great achievement I guess.Terus lari ke medal point.Amik Finisher medal dan goodies.Then pick up water dan bekpes.Our bekpes was sponsored by Gardenia,Milo and White Coffee.Having some bekpes sambil duduk depan stage.Tunggu lucky draw session.Sebelum tue ada short quiz dan bacaan sajak dari A. Samad Said.Ringkas tapi mendalam.Owh,btw AWAM ini adalah non-profit organization yg membantu kaum wanita yg menghadapi masalah violence tak kiralah dari segi physical dan mental.


Sajak Nukilan Pak Samad Said




Time for lucky draw!But we are not the luckiest one.Hmmm takde rezeki nak pakai Samsung Galaxy 8.0 dan Z10 Blackberry nampaknya.Apepon I'm really enjoyed my day.Sedang berfikir untuk juin another marathon event.Anyone intrested nak juin?Do ping me kat comment ek!


Thursday, December 4, 2014

My Pasta Bolognese Style

Posted by Unknown at 4:06 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!!!


Hari nih mau share resipi simple.Hope korang suka.Ini I masak untuk sorang makan.

Bahan2 A:

Fettuccine (ikut tahap kelaparan.If rasa lapo tahap gaban, masak le banyak sket)
Minyak
Garam
Air

Cara2:

Panaskan air hingga mendidih.Letakkkan sedikit minyak dan sedikit garam.Rebus sampai kembang.
Tapi jangan kembang sangat nanti tak sedap.Estimate dlm 6-10 minit gitu.

Bahan2 B:

2 sudu besar cili giling
4 sudu besar sos spagetti mushroom (I guna Kimball sebab I beli nih masa offer)
2 ulas bawang putih - dipotong halus
2 ketul sausage (I guna Ramly Frankfurter Lembu)
5 biji cili padi - dihiris (ikut suka)
Air
Garam

Cara2:

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih.
2. Setelah naik bau, masukkan cili giling.Masukkan sedikit air.Masak cili giling hingga  masak/pecah minyak.


3. Masukkan sos spagetti mushroom.Masak hingga mendidih dan masukkan sausage.


4. Setelah sausage masak (sausage masak tak lama.Dalam 5-10 minit gitu), masukkan cili padi.
5. Masukkan garam secukup rasa.


Siap sudah my pasta.Sedap dimakan time panas2.Nak lagi sedap taburlah cheese.Memang mantap.
Selamat mencuba!

Wednesday, December 3, 2014

Short Trip: Universal Studio, Singapore!

Posted by Unknown at 3:37 AM 1 comments
Assalamualaikum w.b.t
Hola bloggie!

Mau cerita short trip I last week.Actually I memang plan untuk ke USS Singapore ngan kawan I Maz.But tak sure bila mau pegi.Coaccidentally I dapat wasap dari my fwenz Anod yg ajak I juin short trip ke USS organized by Percutian Jimat Saya.Short trip tue hanya RM280.At 1st memang I tak rasa nak pegi coz I tak gaji lagi.But bila difikir2kan balik, murah kot.So rugi tak grab.Memang last minute decisionlah kata orang.Duit pon mintak Anod tukarkan.
Huhu...

Hari kejadian...

Masuk keje awal tapi balik lambat gak coz banyak keje.Mula2 nak suruh my osmet hantar kat ERL tapi end up decide drive sendiri ke Kota Damansara sebab malas nak melangut lama kat KL Sentral.Pukul 11.30mlm semua dah kena ada kat 1st stop Kota Damansara tapi tersampai awal sejam.Nak p dinner malas coz sorang2 dan takut lambat.Jadi tercangak la sampai naik bus.

Seronok borak2 ngan En Anod (Anod naek dari Kota Damansara jugak), sampai ke 2nd pit stop iaitu di KL Sentral.Ramai jugak naek dari situ.Tetiba Anod dpt call.Amboi, siap cakap detim sume.Gedik betul.Rupa2nya Zai tak tau yg I p jugak.Terperanjat dia tengok I.Surprised kata Anod.Surprised sangatttt...lol.BTW, kami bertiga nih penah 1 opis.Tapi I sorang jek yg still kat the same company.I start rapat ngan Anod masa kami pegi trip ke Kelantan.Zai I kenal2 camtu jek sebab kami bukan 1 shift dan ini 1st time kami jumpa selepas 3 tahun!Lamekan?

Kami bertolak around 12 lebih.Masa diisi dengan tido.Sedar2 dah sampai Gelang Patah iaitu last pit stop before masuk ke Singapore.Di sinilah kami mandi,solat Subuh, bekpes dan mengisi White Form.FYI, White Form nih wajib diisi before u olz masuk ke Singapore.White Form nih kira temporary document or pass untuk u masuk ke Singapore secara sah.Setelah settle sume, kami bergerak masuk ke Singapore mengikut 2nd link.Kat sini OK sket berbanding 1st link.Tak sesak sangat.Settle Imigresen Malaysia terus ke Imigresen Singapore lak.Kat sini kami ada masa 3 minit jek.Y?Because bus kami hanya leh tunggu 3 minit jek.If tak nanti diorg kena parking bagai coz di Singapore enjin bus/kereta yang menunggu penumpang hanya dibenarkan hidup selama 3 minit jek.Gomen Singapore bimbang if lebih 3 minit,asap2 bus/kereta akan menyebabkan pencemaran udara.

Masuk jek Singapore, kami terus ke Singapore City.Our 1st visit is Sun Tech City,Merlion & Esplande yang akan diconduct oleh tourist guide dari Singapore.Auntie nih Chinese muslim.Lupa pulak nama dia.Hehe.

1st visit: Sun Tech City,Merlion & Esplanade

At last, tercapai jugak impian I untuk tengok Merlion dari dekat.Alhamdulillah.Sebenarnya last year, I dah penah pegi Singapore.But atas sebab2 tertentu, I tak dapat tengok Merlion.I frust gile2 coz tempat kami lepak tue dah dekat benar ngan Merlion.Ini kira wish list I yg dah tercapai this year.Epi giler.FYI, Merlion is surrounded with a beautiful landscape as well as with a famous building like Esplanade iaitu ala2 Istana Budaya kita kat KL yg bangunannya berbentuk microfon lama and Marina Bay Sands iaitu hotel mewah yg berbumbungkan skate board (mula2 ingat kapal...hehe).Memang fabuolous la.Tapi kami tak lama kat sana coz sangat panas.Lagipon kejar masa.Paham2 la ikut tour nih.Memang masa terkejar2 la.Lepas snap2 picca, kami pon bergerak ke China Town.
Merlion
Marina Bay Sands


Esplanade

2nd visit:China Town,Chocolate Gallery & Arab Street

Dalam perjalanan ke China Town, kami melalui Singapore Convention Center yang dikenali sebagai Suntec City.Uniknya Convention Center nih, ia dibina mengikut tapak tangan.5 tower mewakili jari dan di tengah2nya terdapat air pancut berbentuk bulat mewakili tapak tangan.Most of buildings kt Singapore nih dibina mengikut Fengshui termasuklah Suntec City.Memang superb la.





Sampai kat China Town kami diberi 15 minit untuk shopping.Murah shopping kat sini.Tapi kami tak shopping pon.Tak gaji lagi kan.Paham2 la.Yang beshnya kat sini ade free WiFi.Sambil windows shopping sambil surf.Sementara tunggu hakak2 dan abam2 nih shopping, kami melepak sambil makan ice cream.Part nih kelam sket.Mula2 I malas nak makan ice cream tapi pikir panas, amiklah satu.Seronok pulak tengok perisa2 ice cream yg pelbagai tue.Memandangkan I tak pernah makan Cornetto Green Tea, dengan selamba I pon amiklah.Tapi tang nak bayar tue terkujat sket.Alamak ai, SD$2.90 rupanya!!!Baru perasan, yang SD$1.90 tue hanya untuk perisa vanila dan coklat.Redha jek la.


Then kami gerak ke Chocolate Gallery.Sampai 1 apartment, tour guide cakap inilah apartment untuk yg berpendapatan SD$10 000/year kot.Around tue la.Tak ingat the exact one.Tapi,biar betik?Rupa dia sebijik cam apartment mewah kat KL.Terbangak la sume tengok.Speechless.

Bangunan belakang Fuji Xerox nih la apartment yg I cakap tue
Kami hanya ada 10 minit jek kat Chocolate Gallery.I sempat turun jap konon2 nk minum hot chocolate free tapi takde pon.Abih kot.Sadis.Kat sini takde mende pon cuma tempat jual chocolate.Sape big fan of chocolate leh la singgah sini.Harga tak sure sangat murah ke idak coz I tak beli.Cuma tengok2 camtu jek.


Gerak pula ke Arab Street.Sini pon berhenti hanya 10 minit untuk mereka yg nak rasa murtabak Singapore.I tak beli pon coz dah penah rasa.Murtabak diorang beso gabak.Harga pon boleh tahan.Sini kira perkampungan muslim.Memang dijamin halalnya.

3rd visit: Universal Studio

Masa yang ditunggu2!USS,I'm coming!I memang dah lama nak p USS.Ini antara sebab I pegi jugak even gaji I tak masuk lagi.Kat sini kami terbahagi kepada 2 group.1 group masuk USS and another one ikut Paci (our tourist organizer) melawat Singapore City.Kami dikerah berkumpul semula di depan Casino pukul 8.15mlm.





Ada 3 jenis ticket untuk masuk ke USS iaitu 1 full day pass,2 full day pass (masuk dua hari berturut2) dan Express ticket.Pakej kami hanya menawarkan pakej 1 full day pass.Apa beza Full day pass ngan Express ticket?Express ticket nih beshnya anda tak perlu queue panjang time nak main.Ticket pon
limited.Itu jek.

Senarai Harga ticket:

S$74 / Adult
S$54 / Child (4 - 12 years old)
S$36 / Senior (60 years old & above)

2 day Pass:
S$118 / Adult 
S$88 / Child (4 - 12 years old)
S$58 / Senior (60 years old & above)

Express Pass:
S$50

*** Harga dalam Singapore dolar


How's USS?

Lebih kurang macam masuk Disneyland.Camtu la rasanya.Or dengan lebih jelas lagi, if u pernah masuk theme park, gitu le rasanya.Erk, tapi tak sama dengan Genting Highlands OK!USS nih lebih kepada permainan yg berunsurkan filem/animation terbitan Univesal Studio itself like Transformers, Shrek dan The Return of Mummy.Ada 7 zones kat sini iaitu:

a) Ancient Egypt

Kami pon mula berlegar untuk mencari permainan yg kami nak naek.Anod ternampak The Battlestar Galactica ride.Pergh, berpeluk ketiak I.I nih penakut a.k.a gayat sket.Cmne nak naek???Luckily The Battlestar Galactica ride nih tengah dalam maintenance.Selamat.Phew2.So kami gerak ke Ancient Egypt.Aha, menarik.Jom naek Revenge of the Mummy.

FYI, most game kat sini ada 3 queue iaitu Express lane (ini untuk yg ada Express pass jek),Normal lane or Single ride lane.Kami amik Single Ride lane sepanjang hari di sini.Memang I advice u olz guna Single ride lane nix especially on wiken.If gatal gak nak naek berdua,bertiga or 1 group silalah queue sambil menanges coz queue panjang giler!!!

Masa i naek tue,I dah dapat rasa something.I penah naek ride camni kat Disneyland so I dah boleh agak apa akan jadi.Memang betul weh.Menjerit2 mak dalam tue.Rasanya sore I yang paling kuat kot menjerit.LoL.Sape yg ade heart attack ke,tgh pregnant ke,cepat pitam/pengsan ke,lemah semangat ke plez JANGAN NAIK.Tak pesal2 famous 1 USS.Siyes, I tak tipu.Memang itu ada tercatat kat pintu masuk setiap game kat USS nih.




b) Lost World

Ok, abih menjerit kat sini gerak pulak ke Lost World.1st kami pegi main Jurassic Park Rapids Adventure.Advisable untuk bawak kasut spare.But if u nak rasa cmne berjalan dengan kasut yg basah kat USS nih, silakanlah.Game nih lebih kurang cam kat The Amusement Park Sunway Lagoon.Lupa plak namanya.Santai2 sambil tengok dinasour.Pastu basah.LoL.

Next kami gerak ke Canopy Flyer.Lutuq den gegaq dah.Canopy Flyer cam roller coaster tapi seat dia ada 4 iaitu 2 depan dan 2 belakang.Mak aih, beratuq panjang giler coz takde Single Rider lane.Tapi naek tak sampai 10 minit pon.Sincerely even I takut tapi cam nak naek lg jek.Huhu.Best!!!


Lunch time...

Disebabkan kelaparan, kami berhenti makan jap.Kat sini banyak food court dan Inshaa Allah ade halal food.Jangan risau.I amik set which include Laksa Singapore and Greenbean with Sago.The Laksa Singapore taste is awesome!Rasa macam nak order lagi jek.Huhu.Lemak santan dan rempah cukup rasa dan enak.Greenbean with Sago nih lak rasanya macam bubur kacang hijo tapi takde santan.Not bad.U should try it.



My fwenz Anod order Vegetable Noodle while Zai order erk tak ingat lagi.Yang I tau rasanya cam Mee Udang tapi kuah cair giler.Anod punya Vegetable Noodle sedap.Sayur banyak giler but I like!BTW, set nih excluding air ek.I amik mineral water jek.Jimat kos.

c) Sci-Fi City

Anda big fan of Transfomers?Ya, di sinilah tempatnya!Lama giler queue kat TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle.Siap boleh ngantuk lagi.But it's totally worth.I repeat, totally WORTH.Ini satu2nya game yang u rasa u macam actor/actress dalam filem Transformers.I rasa ulang 10x kali main pon takpe kot.Hehe...tapi tang queue tue lemau sket.





Elok2 jek kuar dari game nih ada parade.Setiap peserta parade nih mewakili zone2 yg ada dalam USS nih.Memang superb.U akan nampak Cleopatra la, Elmo la dan Marilyn Monroe.I tengok muka Marilyn Monroe nih ada iras Shasha Elite.Ke dia?Hmmm....



d) Far Far Away

"Bawa, aku pergi.Pacu laju lagi.Kita lari dari realiti."Ewah2 fefeeling lak.Kata pegi Far Far Away kan?Mesti ramai yang dapat teka apa yg ade kat sini kan2? Yeah, anda big fan of Shrek?Kat sini le nak jumpa mereka!My lucky day I guess coz kami dapat jumpa Shrek and Fiona.Co accidentally I pakai baju color green, so Anod and Zai call me "anak Shrek".Tengok le picca kat bawah nih betapa sayangnya my mama Fiona kat I.Jeles tak?Hewhew...Kami sempat tengok Shrek 4-D Adventure.Best woo!!!Worth to watch!!!







d) Madagascar

Gerak pula ke sini.Sape yg tak tau cite Madagascarkan?"I like to move it move it".Cite penuh lawak.Kat sini kami amik kesempatan naek Madagascar: A Crate Adventure.Orang tak ramai dah so cepatlah naek.Mencabar betul naek ride boat nih.Memang mencabar sampai rasa nyesal naek.Nape???Silalah naek sendiri.Huhu...

e) Hollywood and New York

Actually kami dah lalu sini masa mula2 masuk USS dan masa lepas naek Transformers.Sempatlah snap2 picca kat sini.If u tengok sekeliling sini sebijik macam zaman Hollywood dan New York version dolu2.Ada kereta2 lama dan kedai pon ala2 kedai lama.Classic giler.Sempatlah kami naek Sesame Street Spaghetti Space Chase sementara menunggu pukul 8mlm.Ini lagi 1 game mencabar minda.Sangat2 mencabarlah!Silalah naek dan rasailah sendiri.LoL.











Tepat pukul 8mlm kami dah keluar dari theme park.Berlegar2 plak kat sekitar kedai dalam USS.Perut pon dh keroncong so kami masuk ke Malaysian Foodcourt Street.Ada 2 jek gerai halal toyibban kat sini.Disebabkan full house, kami keluar.Decide makan ringan2 jek.Masuk 1 bread house nih.Tapi nampak jek ade poky2 terus keluar.Last2 lepak minum2 kat Starbucks jek.Keluar dari Starbucks nampak la rombongan lain kat luar.Rupa2nya menunggu yg lain sampai.Sempat p lari ke Hard Rock Cafe.Anod nak beli t-shirt katanya tapi tak jadi.Biasalah, tengah bulan memang ginilah.Mampu tengok jek!


Dalam pukul 9mlm kami dah gerak keluar dari Singapore.Mula2 kata nak singgah kat R & R Machap tapi bus nih terus jek.Adoai, badan dah rasa tak selesa.Perut pon lapo.End up bus nih berhenti kat R & R Pagoh tak silap I.Settle mandi,solat dan makan semua bergerak balik and I sampai Kota Damansara around 4pagi camtu.

Expenses:

Pakej Lawatan RM280 (tambang bus,bekpes,tour guide, tour city & ticket USS)
Money Exchange RM150 = S57 (depends on current exchange)

Ice cream        S2.90 -  Cornetto Green Tea
Lunch             S14.30 - Laksa+Greenbean Soya (11.50) and mineral water (s2.80)
Starbucks        S7.50  - Green tea Latte
Sentosa Entry S4.00
Print tix          S2.00
------------------------
Total:  S30.70

Pakej short trip nih akan dibuat lagi tak silap I.So silalah melawat FB Percutian Jimat Saya untuk sebarang updates.For me,it's a worth pakej.Kekurangan tue biasalah tetap ada but takde effect sangat pon kat I.So tengah cuti2 skola nih, apa kata u olz pegi Singapore.Nice country ever!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Me, Myself & I... Asza Amran @Copyrights 2014