Saturday, September 20, 2014

Lunch di Nasi Kandar Kudu

Posted by Unknown at 9:52 AM
Assalamualaikum w.b.t


Hola bloggie...
Anda penggemar nasi kandaq?
Tercari2 nasi kandaq yang terbaek kat KL nih?
Mai cheq habaq mai...

Restoran Kudu Bin Abdul atau lebih dikenali dengan nama glamernya Nasi Kandar Kudu ini was been intorduced by my papa to us.Katanya 1st time papa lunch di sini dengan ex-bossnya.Restoran ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, bersebelahan dengan showroom Honda.Kedainya sederhana besar dan tempat duduk agak terhad.Dekorasinya kedainya simple dan uniknya di satu sudut kedai ini terpamernya gambar2 anak jati Penang yang dikagumi bakat luar biasanya iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.Terdapat juga artikel2 berkenan beliau di situ.



1st time datang restoran nih cam terkujat jugaklah coz beratur panjang.Makin lama makin panjang OK.Dalam otak dok pikiaq sedap sangat ka sampai orang sanggup beratur panjang camni.Chinese dan Indian pon ramai.




Baru2 nih I pegi lagi with my famili.Beratur 15 minit terasa lama la coz dah kebuluq sangat.Kali nih I amik lauk kambing masak kari, daging masak hitam/kicap dan sayur bendi.Jangan terkujat if dia bagi sebiji cili hijau dalam pinggan tue.Memang pakej skali.Tak baper sure nape ada cili hijau tue.Mybe nak bagi kick pada yang suka makan pedas kot.Huhu.

My dad,my mom and my sista ambil nasi berlaukkan ayam goreng dan sayur bendi.Minta satu piring papadom.Siyesly bila makan memang tak pandang oranglah.Lalu la mamat handsome mana pon peduli apa.Perut dulu mau diisi.Hehe...no wonderlah orang sanggup beratur panjang coz rasa kuah dan lauk pauknya seperti anda menikmati nasi kandaq kat Penang.Sedap weh, tak tipu.

Dengan kepekatan kuah kari yang kaya dengan rempah ratus, daging kambing pula sangat lembut dan tidak berbau menjadikannya sangat nikmat di dalam setiap kunyahan.Daging masak hitamnya yang pekat dan likat memang tidak dapat digambarkan dengan kata2 enaknya.Ayam pula digoreng garing dan disaluti resipi turun temurun memang menjadi peveret pengunjung di sini.


Selain ayam, kambing dan ayam, ada bermacam lauk pauk yang lain seperti sotong dan udang.Bab minuman plak, I suggest korang try sirap bandung cincau dia.Dengan kepekatan sirap di bahagian bawah ditambah dengan limpahan susu di atasnya dan ketulan2 cincau berselerakkan menjadikan minuman itu menjadi pilihan utama pengunjung2 di situ.Memang daebak!


Kos makanan kat situ leh tahan jugaklah.Depends on lauk apa yang u olz amik.Ini kos makan kami pada hari itu:

Nasi putih+kari kambing+daging masak hitam+bendi rebus = RM10.90
Nasi putih+ayam goreng+bendi rebus =RM6.90 (x3)
Sirap bandung = RM3.00
Milo ais = RM2.80
Air suam = RM0.40 (x2)
Papadom  = FOC

For me affordable jek harganya.So if korang nak rasa keenakkan masi kandaq Penang mai kat tengah KL nih, this is the right place!

For those yang nak direction, go to 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Me, Myself & I... Asza Amran @Copyrights 2014