Monday, October 27, 2014

Dinner at Volcano Shabu Shabu

Posted by Unknown at 5:42 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t


Yeah, lagi pesal makan2.
Kali nih I nak cite pesal Volcano Shabu2, Shaftbury Square Cyberjaya.FYI, Volcano Shabu2 ini adalah restoran steamboat.I nih kadang2 layan gak makan steamboat nih and slalunya makan kat Seoul Garden jek.Penah try makan kat restoran Lagenda (dah tutup dah pon) dekat area rumah I tapi biasa2 jek.



Tempat nih kawan I yang recommend coz katanya dipping kat sini sedap2.So kami pon trylah makan2 kat sini.Restoran ini terbahagi kepada dua area iaitu buffet and set.For buffet, u boleh makan apa jek yang u mau dengan bayaran berikut:

Lunch:RM39.90
Tea time:RM35.90
Dinner:RM59.90

Mahal?Jangan risau.U still can enjoy makan kat sini dengan mengambil set2 yg telah disediakan dengan harga yang affordable.For my 1st trial nih, I amik set beef and lamb which cost u RM37/set.Dalam set tue, u akan dapat mix vege,mix fish/seafood cake and ball, udang and mee.Mee tue u boleh pilih nak mee jenis apa.Cam I, I pilih yee mee.If u jenis kuat makan, u can eat this set alone tapi I share jek.Beso gak portion dia.

Bezanya Volcano Shabu2 dari restoran steamboat yang lain ialah kat sini takde tempat grill.U cuma boleh steam makanan u dalam pot yg disediakan mengikut soup yang u pilih.U boleh pilih whether u nak tomyam soup or soup biasa.So sementara nak tunggu tomyam I panas, I jenguk2 la tempat dipping dia.Ini u kena jalan sket coz dia tak datang skali dalam set.




There are about 12 dipping kot untuk u makan ngan set u tadi.Kat sini memang lama sket la coz u mybe akan rambang mata or tertanya2 apa dipping yang sedap.Bukannya tak sedap OK tapi if u 1st time datang mesti u curious sket.Last2 I amik chilli sauce,garlic with sesame oil and lastly err I pon tak sure la sauce apa.LoL.



Time untuk makan!Pergh,siyesly the dipping is so tempting.I siap buat gaul2 lagi dengan yee mee.Rasa dipping dia yang pekat dan likat tue memang mengiurkan.I rasa inilah 1st time I rasa dipping yg sgt sedap compare to other restaurant yg I penah makan.Woohoo...



BTW, air kat sini tak termasuk dalam set ya.U can choose variety of beverages yg diorang provide.Kitaorg amik ice lemon tea jek.Hehe...


So, for those yang suka steamboat, u should try it babeh!Sekarang nih Volcano Shabu2 tengah buat promo buffet.U boleh refer harga promo kat bawah nih or if u nak any news/info updates, u boleh refer kat FB diorang https://www.facebook.com/VolcanoShabu2


Murahkan?Baru gaji nih mesti mampu =.=.
Enjoy eating!







Friday, October 17, 2014

Jom Makan di Wong Solo

Posted by Unknown at 7:47 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hola bloggie!
How r u?
Kali nih I nak cite pesal makan.Makan lagi?Hehe...kan dah cakap I nih food lover.Ini adalah one of my peveret restoran, Wong Solo?Mesti most u olz penah dengarkan?Apa?Ade yang tak pernah?Baik,mai I nak cite sket.


Wong Solo ini bermaksud orang Solo. Wong bermakna orang dan Solo itu adalah salah satu tempat di Jawa,Indonesia.Foundernya bernama Puspo yang hanya berniaga menggunakan basikal menjual ayam bakarnya seawal tahun 1990.Sekarang Wong Solo telah mempunyai lebih 30 restoran yang difrancaiskan di seluruh Indonesia dan di Malaysia, telah di buka pada Febuari 2005 oleh sheikh Hussien Sheikh Omar.

Apa yang besh kat Wong Solo nih?
  • Ada pakej ekonomi, di mana anda boleh memilih 5 pakej ekonomi dengan harga RM10.90 sahaja!Pakej ekonomi itu adalah nasi, lauk pilihan anda, tempe goreng, tahu goreng, terung berlado, ulam salad dan air mineral.Ha, menarik bukan?
  • If korang tak berminat, korang boleh try lauk pauk yang lain seperti Balado Terung,Sup Ayam dan Sayur Asam atau pon hidangan yang lain seperti nasi goreng.
  • If korang nak santai2, ada disediakan tempat untuk bersila.Memang adat orang Melayu makan bersilakan.Memang macam makan kat rumahlah.

Tempat bersila


I selalu makan pakej ekonomi pecal Lele.Lele tue ikan keli ek u olz.I suka sangat coz ikan keli itu digoreng garing.Bila makan tue memang macam makan kerepek.Kecur liur jap.Terung balado pon sedap coz sangat pedas.Di meja anda juga disediakan 2 jienis sambal.Memang meleleh ayaq mata pada yang tak tahan pedas.I olz kuat pedas, memang rasa daebak la bila makannya.I pernah try Empal Sapi pakej Ekonomi.Empal Sapi tue daging lembu yang digoreng.I olz tak gemar sangat coz cam liat sket.Pastu nanti makan melekat celah gigi.Paham2 la ek.Hehe...Lauk pauk yang I pernah makan lak Cumi (sotong) Goreng Tepung dan Chicken Wings Fried.Pergh, daebak OK!Ranggup, lemak, pedas dan hingga menjilat jarilah.Eh, siyes lapo.Huhu...

Maaf,jenuh dah modify takleh gak...

Selain dari makanan, terdapat juga pelbagai jenis minuman.Ada jus jeruk (jus oren), soda gembira (air sirap bandung) dan poligami jus (ini bukan untuk orang yang bermadu ek.Ini mix fruit juice).My peveret among the beverages goes to jus avocado.Avocado diblender pekat kemudian diletakkan sos coklat memang marvelous.Pendek kata sape tak suka avocado pasti suka.Sedap woo.Silalah try.

Avocado jus
Ini resit time makan ngan kawan I
So pada penggemar masakan Indonesia, apalagi silalah berkunjung ke Restoran Wong Solo yang terletak di Bandar Baru Bangi,Seksyen 7 Shah Alam, Ampang or di Kampung Baru.

Wednesday, October 15, 2014

Dinner at Murni Discovery

Posted by Unknown at 5:45 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hola bloggie!
Sowi mowi, lama tak hapdet.Bz wit my sista wedding.Alhamdulillah,settle sudah!Baek, kali ini cerita tentang makan lagi.Kan I dah cakap, I'm a food lover.Miahaha...Kali ini I nak perkenalkan restoran peveret I, Murni Discovery.Erk, tiada kaitan ngan Discovery Channel ek!


I rasa mybe most of u olz dah tau restoran nih.Tapi I cite jugaklah ek.Murni Discovery merupakan restoran yang berkonsepkan kedai pelbagai citarasa yang dibina berdekatan dengan kawasan komuniti @ perumahan.Kira macam one pit stop service di mana restoran ini menyediakan pelbagai sajian termasuklah sajian local dan western.

Apa yang beshnya di Murni Discovery?

1. Lot of food choices.Dari la roti sampailah ke steak bagai.Just name it!
2. Harga berpatutan.Semewah mana pon makanan tue, harga still affordable.
3. Ala2 kedai mamak.Ini besh, tak perlu le pakai chantek2 nak makan kat sini.Pakai selipar buruk pon orang tak heran.If taknak dok dalam, leh gak lepak kat luar.
4. Happening dan sesuai untuk lepak2.
5. Kuantiti banyak.Sesuai pada yang kuat makan cam I.

Masa I keje Damansara dulu, memang I rajin la p makan kat Murni.Sekarang jarang sket.But last few weeks member I bawak I g makan kat Murni, Sunway.Owh, sangat epi ok!Cam biasa, I mesti order makanan peveret I, Mee Raja.Mee Raja nih antara makanan paling pemes kat Murni.Ada 6 jenis Mee Raja nih but I amik yang biasa jek.Mee Raja nih sangat sedap rasanya.Meenya halus kemudian digoreng bersama sotong,isi daging ketam dan udang.Kombinasi yang sangat  marvelous!I tak makan mee sangat, tapi yang ini acceptable.Silalah rasa, pasti puas ati.


Selain dari Mee Raja,my another peveret is Roti Naan Cheese Mozarella.Bila u olz makan naan cheese tue memang terasa la cheesenya.If korang tarik roti Naan tue, nampak la carikan cheese cam dalam iklan Pizza gayanya.Makan plak ngan susu sejat, pergh, siyes mantop!I nih memang fussy sket bab2 roti cheese nih.Some of kedai cakap roti tue ada cheese tapi bila makan,punyalah kodi cheesenya.Yang ini tidak ek.Cheese dia banyak giler.Puas ati.Pada penggemar cheese, u should try this!Berbaloi2.

Member I lak order nasi lemak Murni Discovery.Nasi lemak kukus nih pon antara peveret pengunjung kat sini.Beza nasi lemak Murni Discovery ngan nasi lemak yang lain ialah, dalam set ini terdapat telur mata,ayam goreng pandan dan sambal udang.Pergh, sambal udang dia daebak!Pedas dan mantap.Siap ada petai g.Huhu.


Air lak, kami order Teh Tarik Terapung (erk, tak sure apa yang terapung.Buih kot) dan air Pink Panther.Haaa,air kat sini memang pelik2 sket.Ada I Miss U la,I Kiss U la.Ini bukan rekaan, ini betul2.LoL.But, u still can order ur peveret drink.Ada jek.Cuma if nakkan kelainan, leh la rasa air pelik2 tue (actually they call it as mocktail.Halal one, no worries!)





Apa rasa air Pink Panther?Actually air buah.Tak silap I campuran pisang and strawberi.Ada rasa masam2 manis sket.Pastu ada buah laici dan jelly.Itu antara air peveret I kat sini.


So, pada food lovers, silalah try makan2 kat sini.Dijamin sedap.
For more info, do visit http://www.murnidiscovery.com (they also provide the location and operation hour)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Me, Myself & I... Asza Amran @Copyrights 2014